Para doktor ada kalanya mengatakan bahawa sesuatu penyakit itu tidak ada ubat atau penawarnya. Sebenarnya maksud mereka mungkin penyakit tersebut belum lagi dikaji dan belum lagi dikenalpasti; justeru belum juga terjumpa ubatnya.

Fitrahnya atau secara semulajadinya ubat bagi sesuatu penyakit itu sudah ada di mana Allah; atas sifat Maha Pengasih dan Maha PenyayangNya menurunkan sesuatu penyakit berserta dengan pasangannya; iaitu penawarnya. Kaedah rawatan secara sunnah ini adalah rawatan secara total atau menyeluruh yang meliputi aspek-aspek rawatan jasmani, rohani, rawatan imbangan harmoni dan lain-lain.
Tidur, mandi, berpakaian, makan,  juga secara sunnahnya ialah satu bentuk rawatan; samada buat jasmani ataupun rohani.

Justeru rawatan tenaga gelombang yang diamalkan oleh HWL ini adalah satu rawatan mengikut sunnah yang mementingkan rawatan rohani, jasmani, imbangan dan harmoni.

Kajian Sains telah mengenalpasti akan kompleksnya tubuh manusia dengan organ-organnya yang berfungsi khas; khususnya :-

Mental
Sistem Pernafasan
Sistem Tulang
Sistem Otot
Sistem Pencernaan
Sistem Jantung
Pengaliran Darah
Sistem Peranakan
Sistem Pembuangan Dan Kumuhan
Sistem Deriaan Dan Sebagainya.

Sistem-sistem tersebut berfungsi dengan cara yang sangat kompleks dengan kiraan dan sukatan yang tertentu. Bagi menyatakan manusia itu sihat , tiap-tiap organ tubuhnya  haruslah berfungsi dengan baik dari sudut jasmani dan rohani; dengan lain perkataan harus harmoni di antara satu organ dengan organ yang lain.

Tubuh manusia bermula dari peringkat bayi; di mana ketika itu organ-organnya masih baru dan lemah; dan akan berfungsi mengikut kadar usianya. Pada peringkat kanak-kanak pula, pertumbuhan dan pembesaran berada pada kadar maksima manakala di peringkat remaja pembesaran akan berhenti pada usia 20an. 

Peringkat dewasa akan menyusul sehingga peringkat tua. Di peringkat inilah seringkali mengundang berbagai masaalah kesihatan. Di peringkat umur ini juga fikiran sering mulai bimbang, rambut menjadi halus dan gugur dan warnanya menjadi putih; telinga  kehilangan pendengaran, biasanya bermula umur 30an kerana gendang dan 3 tulang di telinga tengah kehilangan fleksibiliti yang akan lebih terkesan kepada lelaki berbanding perempuan.

Kulit  menjadi kedut hasil dari kerosakan dan kekeringan dari sinar matahari dan hormon yang kurang stabil. 

Mata  mula menjadi kabur kerana pupil kehilangan kawalan daripada cahaya masuk ke mata, kanta akan menebal dan saraf mata tiada lagi berfungsi sepenuhnya ; lebih-lebih lagi untuk fokus objek yang dekat. 

Otak yang tua  perlahan-lahan akan kehilangan tisu di sesetengah bahagian dan urat otak akan kehilangan 5% hingga 10% pada umur 80an. Ini akan membuatkan reaksi menjadi lambat dan menghilangkan ingatan.

Dinding saluran darah akan menebal dengan pembinaan kolesterol dan membuatkan ia keras serta hilang keaanjalannya ( fleksibiliti) yang akan meninggikan tekanan darah serta menambah risiko serangan jantung atau strok. 

Paru-paru akan kehilangan keaanjalannya ( fleksibiliti)  dan ia tidak mengembang dan mengecut sepenuhnya.

Sel-sel tulang sentiasa berganti kerana kehilangan  kalsium dalam pembinaan dan tulang akan menjadi rapuh.

Metabolisma akan terganggu apabila sel menjadi kurang sensitif kepada insulin. Daya metabolisma gula menurun dan seterusnya akan mendatangkan penyakit diabetic (kencing manis) . 

Otot-otot menurun 5%-10% tiap-tiap dekad dan ini akan menghilangkan kekuatan tubuh.

Jantung berfungsi jauh lebih lemah daripada kadar biasa kerana dinding-dinding jantung akan memebal dan kehilangan keaanjalannya ( fleksibiliti)  serta tidak dapat mengepam sekuat sebelumnya. 

Sendi  akan menjadi haus dan kehilangan cartilage dan tulang-tulang pula akan bergesel dengan tiada ‘cushion’.

Dr Hussain Hj Ahmad, OIU Colombo
Pengasas Harmonic Wave Laboratories (PG 0341564 M)
Ahli & bekas presiden, Persatuan Perubatan Elektronik Pulau Pinang (PPEPP)
Email            info@allasia.com.my   
Text             +6019 480 1139
Telefon          +604 399 3489        
Fax               +604 399 3488

PERTANYAAN (Enquiries) :
ALL ASIA MARKETING NETWORK SDN. BHD.
49, Tingkat 1, Jalan Todak 4, Bandar Seberang Jaya,
13700  Seberang Jaya, Pulau Pinang. Malaysia

www.AllAsia.com.my
© ALL ASIA MARKETING NETWORK SDN BHD & HARMONIC WAVE LABORATORIES